About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Blog ini dibuat bagi memberi amaran kepada masyarakat tentang kewujudan seorang penyangak siber yang masih berkeliaran di luar sana.

Friday, October 1, 2010

PENYANGAK SIBER


Mengenali Penyangak Siber 

Nama sebenar Mohd Izani. Boleh google maklumat tentang penyangak siber ini, ramai sudah membuat cerita tentang dia. Dan penyangak siber ini sangat licik di dunia online sama ada di blog juga di Facebook menggunakan pelbagai nama samaran (refer entri di bawah). Dia boleh jadi lelaki dan perempuan dalam satu-satu masa dengan menggunakan akaun dan gambar yang berbeza antara satu sama lain.

Modus Operandi Penyangak Siber

Dia akan menyamar dan berkawan dengan blogger-blogger yang popular di dunia online sebagai batu loncatan untuk dia naik dan mendapat kepercayaan orang ramai. Biasanya, blogger-blogger popular ini tidak tahu yang mereka ditipu.

Ciri-ciri Penyangak Siber Ini

-pandai bermadah, bersastera, menulis puisi dan sajak
-minat dalam fotografi dan sukakan gambar-gambar indah pemandangan, abstrak, potret dan mengakui dia mempunyai ilmu di dalam bidang itu
-minat dalam muzik, pandai bermain gitar dan piano
-minat dalam  lukisan (painting)
-akan memberitahu kepada pembacanya yang dia mempunyai penyakit (mostly kanser dan leukimia) untuk menarik perhatian dan simpati umum
-akan menggunakan reverse psikologi yang dia bercerita tentang sakit dia bukan kerana hendak meminta belas orang ramai. dan reverse psikologi inilah yang membuatkan ramai tidak sedar yang mereka ditipu
-akan berkata dia belajar di luar negara supaya nanti bila ada orang yang hendak berjumpa dengannya, dia akan menggunakan alasan itu untuk mengelak bertemu
-gambar-gambar di dalam akaun Facebooknya akan menggunakan imej art, nature, orang lain dan alasannya, dia orang seni, maka pendedahan diri sendiri tidak perlu. biar karyanya saja dibaca.
-bila dah dapat kepercayaan ramai orang, dia akan menjaja cerita sakit atau masalah hidup atau keluarga yang kononnya dihadapi untuk meraih ihsan dan mendapatkan bantuan kewangan, dan menggunakan akaun 153047896034 untuk proses transaksi
-dia selalu online 24 jam untuk memainkan wataknya yang berbeza dan menggunakan pembantu supaya penipuan dia nampak lagi smooth. Kalau dia menjadi perempuan, dia akan menggunakan pembantunya untuk bercakap di dalam telefon dan bercakap seperti biasa. Begitu juga sebaliknya.
-medium penipuan dia untuk perdaya orang ramai adalah menerusi panggilan telefon, yahoo messenger, facebook dan blog

BEWARE!!!